Friday, 27 October 2017

AL FAATIHAH BUAT SI KECIL NURUL FATIHAH. MY BABY GIRL











بسم الله الرحمن الرحيم
Bismillaahir Rohmaa nirrohiim...
Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...

Setelah bertahun kian lamanya tidak berkongsi apa2 di blogger ni. Hari ini tergerak hati untuk berkongsi semula. Seingatnya kali terakhir pada tahun 2014. Itu pun masa tgh bljr. Ada la juga masa tinggalkan rencana2 dlm ni.hehe.. Okay, kita mulakan serba sedikit la ya. UJIAN SILIH BERGANTI... (^_^)

Hari raya aidilfitri 2017Masihi/1438Hijriah. Dikejutkan dgn berita ayahanda dimasukkan wad. Alhamdulillah. Sempat juga aku sebagai seorang jururawat dan anak menjaga ayahandaku di Hospital Besut kampungku. Sayu keadaan itu. Ayahanda seolah2 hilang semangat. Kehadiranku pun tidaklah seperti biasa. Kebiasaannya, aku di sambut dengan senyuman dan ayah semestinya bertanya itu ini. Tapi, tidak pada hari tersebut. sayu... Walaupun sambutan di hospital, tetap juga kami dapat bergambar menyimpan memori tahunan raya. Disertai kesyukuran ke hadrot Ilahi, ayah dapat keluar wad. Alhamdulillah...

Sambung tugasan harianku mencari rezki di negeri bawah bayu, Kota Kinabalu Sabah. Tidaklah hebatnya ujian difitnah, diragui dan dikecam itu ini. Bertambah lagi kekusutan hati, bukan sahaja dari kalangan manusia malah makhluk ghoib (jin/syaiton) turut mengganggu kehiduapanku. Tapi taklah nak kisah sgt pun. Pasti... Akan ada hikmahnya. Allah mahu mengajar erti sabar dan hadirnya kekuatan pada diri ini. Tempuhi dgn matangnya. Alhamdulillah...

Beberapa bulan kemudian, lagi mengejutkan dapat berita bahawa adikku pula terlibat dalam kemalangan. Hebat ujian Allah. Patah tangannya kiri kanan dan paha kanan turut patah. Memilukan hati. Aku tidak balik ke kampung disebabkan keluarga dan terutama bondaku tidak membenarkan pulang, Katanya, aku akan balik juga bulan seterusnya untuk menimang cahaya mata pertama. Jadi, aku akur saja. Kerana aku tahu, kata2 ibu adalah hikmah. Tidak boleh tidak mengikut kata2nya. Tambah pula, inshaa Allah aku sedang berusaha menjadi anak yg soleh. Hmmm, 1 bulan lebih. Hampir dua bulan terlantarnya adikku di hospital. Kekuatan, penyembuhan datangnya dari Allah. Adik dapat keluar wad. Alhamdulillah...

Subhanallah... Silih berganti. Ayah pula di masukkan ke wad sekali lagi. Betul2 teruji. Nekad mahu balik kampung. Tapi lagi sekali dilarang untuk balik. Syifa(kesembuhan) itu dari Allah... Alhamdulillah beberapa hari kemudian dapat keluar wad. Inshaa Allah kesembuhan itu sirna jua. Alhamdulillah...

22/10/2017 - AHAD. Terima panggilan dari isteri di kampung. Pada hari tesebut jadual bertugas di waktu malam. Panggilan di terima pd tengahari. Mengkhabarkan isteri akan di tahan masuk wad semasa menjalankan sesi temujanji pada hari itu. Katanya lagi, di tahan kerana di jangka untuk bersalin secara paksa disebabkan faktor bayi kandungan tidak mengalami tumbesaran dari dua minggu yg lalu. Debaran kian terasa. Mana tidaknya, inshaa Allah nak jadi bapa katakan.hehe.. Lagipun anak pertama. Hari itu, serba serbi tidak kena. Tiba2 tayar moto pula pancit. Air di rumah pula berlaku pembaziran, Mana tidaknya. Fikiran tidak menentu sudah. Rupa2 nya aku cuci baju. Air tu aku lupa tutup. 3jam lebih air dibazirkan begitu sahaja. Allahu... hehehhe.. Tiba waktu malam. Waktu aku bekerja. Allah mudahkan urusan. Aku punya pesakit kebetulan seorang shj. Alhamdulillah tidak sibuk. Hal ini, dapatlah aku menjenguk2 komputer utk mencari tiket flight. Di uji lagi, kerana tidak dpt menjalankan pembelian tiket flight disebabkan dalam jangkamasa kurang dari 24jam. Urusniaga tersebut hanya dpt dijalankan menggunakan kad kredit. Nak dijadikan cerita. Aku cuba check dlm dompet aku. Mana tahu ada kad kredit yg blh diguna. ya, terjumpa! Ak pun cuba gunakannya. Subhanallah... Allah Maha Penolong. Kad ak dapat diguna. Alhamdulillah selesai dapatkan tiket flight.

23/10/2017 - ISNIN. Balik sahaja dari kerja kira2 jam 8.00pagi, terus aku bergegas ke bandar Kota Kinabalu (KK) kerana ada urusan mustahak. Setibanya di sana, mendukacitakan bahawa urusan itu tidak dapat diselesaikan segera. Terus aku pulang ke rumah mahu kemas baju2 utk bawa balik kampung. Jam 9.30pagi. Selesai kemas baju, aku pergi semula ke KK. Alhamdulillah... Urusan itu dapat diselesaikan kira2 jam 1015pagi. Waktu penerbanganku jam 1130pg dan selewatnya aku kena berada di airport jam 11pagi. Allah Maha Penolong. Alhamdulillah hadirnya seorang adik angkat dan abg angkat selaku sahabat sedia berkhidmat menghantarku ke airport. Allah memudahkan urusan kami semua. Sempat kami bersarapan di aport. Alhamdulillah... Terbang...
230ptg tibanya di Kuala Lumpur (KL). Di situ bertambah debaran di mana isteri dah mula rasa sakit menunggu masa utk bersalin. bukaan os sudah 4cm. Berbekalkan doa dan sekadar memberi sokongan emosi kpd si isteri. Alhamdulillah isteri kuat, tabah. hmmm, menunaikan fardhu 5 waktu dan pusing2 airport KL sementara menunggu penerbangan seterusnya... Call keluarga Terengganu dan Kota Marudu. Sembang2 kami hingga terlupa bateri telefon sudah mahu habis. dot dot dot...
Dari KL terbang ke Kelantan jam 430ptg. Alhamdulillah selamat tiba kira2 jam 540ptg. Abg bersama adik dan mak sedia menunggu ketibaanku di sana.
Dengan laju tp berhati2. Mata liar memandang kiri kanan, cermin sisi cermin blkg abg memandu kereta membawa kami semua ke Hospital USM Kelantan.
6.25ptg Alhamdulillah aku dapat memasuki bilik bersalin. Allahu Akbar!!! Dahsyatnya kesakitan itu. Hanya Allah yg Tahu. Mcm tak sanggup utkku melihat isteriku bersalin. Namun, kuatkan diri...

KELAHIRAN
Alhamdulillah tepat 640ptg 23/10/2017, 3 SAFAR 1439H, Allah mengurniakan kami cahaya mata pertama. Alhamdulillah... Teringat ketika itu. Baiknya dia. Comelnya dia. Dipotongkan tali pusatnya. Setelah itu anakku di angkat oleh jururawat dan bertanya kpd isteriku tentang jantinanya,,, isteriku menjawab "dia perempuan". Oh my baby girl....Aku mengalunkan azan kpd si comel ku. Ternyata dia menangis. Aku mendengar tangisannya. Tapi tidak pula aku nampak pergerakan tgn kaki nya aktif seperti bayi2 lain. Seolah2 lemah. Tidak berdaya... Sedang di azankan, kedengaran tangisan semakin senyap. Aku hanya positifkan diri. lagipun debaran belum hilang lagi. Tapi pada masa yg sama, walaupun tgh berdebar, tetiba hadir satu fikiran ingin meletakkan nama pd anak ku. Pintasan dari fikiran "FATIHAH".
Bbrp minit kemudian, anakku di angkat oleh jururawat yg lain, sedangkan isteriku masih di urus oleh jururawat yg menyambut kelahiran anakku itu. Skrg masanya menemani istri sementara menunggu khabaran ttg anak. Mesti ummi dan abi nya ingin tahu berapa berat anak dan apa2 khabaran ttgnya. 15 - 20minit kurang lebih, seorang nurse melintasi di katil kami. Terus kami menyapa bertanyakan "berapa berat anak kami ya?". Jawabnya perlahan2 "tidak tahu la tu. Nurse lain yg timbangkan".
hmmm, detik itu bermulalah rasa tidak senang hati. Tertanya2, kenapa begitu jawapannya. hmmmm...
Berita ini belum diketahui org luar. Dan kini, aku keluar meninggalkan istriku serta mengkhabarkan berita gembira kpd emak, abg, adik dan beberapa org kakak istriku. Alhamdulillah katanya semua. Lantaran menanyakan jantina serta berat timbangan anak. Ak menjawab sejujurnya. Tidak tahu beratnya dan anak perempuan.
Azan Maghrib berkemundang tepat jam 652ptg. Sebenarnya aku dengar laungan azan itu semasa bersama istri di dalam sana. Tapi aku bercakap dgn hati ak "tidak mengapalah, aku masih boleh jamak lagi". Jadi, aku tidak perlu tergesa2 utk menunaikannya.
Laungan azan Isyak berkumandang, sejurus itu, barulah segera aku menuju ke surau hospital menunaikan solat isyak dan maghrib, jamak ta'khir. Usai solat, aku cuba menjenguk telefon ku utk sampaikan berita gembira di alam maya khasnya apps whatsapp, namun tidak tercapai disebabkan bateri telefon aku sdh habis.
Kemudian, aku duduk2 di kerusi depan bilik bersalin bersama keluarga. Terima panggilan di telefon abgku. Adikku menelefon khabarnya istriku minta htr pampers dan tisu basah pd anak ke Wad Nilam 1. Aku bertambah ragu. Anakku di tahan wad??? hmmmm...
Aku pun segera htr brg yg diperlukan tu. Mencari2 di manakah Wad Nilam 1 itu. Kelihatan petunjuk arah "Wad Nilam 1 - NICU". Terkejut !!! Istighfar... Rupanya anakku di tahan ke wad ICU. Fikiran tak tahu nak kata apa. Istighfar dan berserah shj yg mampu. Lagipun ramai juga biasanya ditahan ke ICU slps bersalin. Cuba positifkan fikiran lagi.huhu.. Kemudian, aku pun masuk dan serahkan brg2 itu serta bertanyakan ttg anakku. Sayu hati... Air mata belum keluar lg... Melihat anak dalam baby cot (katilnya)... Anakku tidak menangis. Seolah2 sedang lena nyenyak tidur. Tapi kelihatan dada kembang kempis kembang kempis dgn cepatnya. Lalu, doktor pun bg penerangan. Mashaa Allah, ternyata air mataku menitis sendiri. Anakku ada masalah pernafasan. Kadar oksigen dalam darah tidak mencapai tahap memuaskan. Lalu, doktor membuat keputusan utk menggunakan mesin bantuan pernafasan sepenuhnya. INTUBATED... Dan doktor mengutuskan utk menjalankan pemeriksan X-RAY ke atas anakku pd keesokan pg. Aku hanya berserah pd kemampuan doktor serta terutama pd kuasa Ilahi. Hari berlalu begitu shj. Aku terpaksa pulang rumah memandangkan suami tidak dapat menemani istri di dlm wad. Istri turut di tahan masuk wad seperti ibu2 bersalin yg lain. Sekadar pemerhatian sehari dua. Syukurnya ada kakak istri yg menjaga istri pd malam tersebut.

24/10/2017 -SELASA. Pagi yg indah. Aku terlena kembali slps usai menunaikan solat subuh dek kerana kepenatan urusan itu ini seharian. Jam 10pg aku bangun dan bersiap menuju ke hospital. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Waktu melawat jam 12tghr. Jd, Alhamdulillah sempat sampai dlm durasi waktu melawat lagi. Setibanya di sana, rupa2 nya istriku sudah berada di wad ICU, wad anakku. Katanya, doktor memerlukan tandatangan ibu/bapa sebagai keizinan utk menjalankan CT SCAN. Aku terkejut. Aku sangkakan hanya X-RAY biasa shj. Kemudian, doktor menerangkan kpdku. Katanya, pihak mereka telah jalankan pemeriksaan X-RAY ke atas anakku tapi mungkin mengalami atau gambaran yg kurang jelas. Filem X-RAY itu mempamerkan sebentuk paru2 yg tidak lengkap pasangannya. Normal paru2 manusia mempunyai dua iaitu kiri dan kanan, sepasang... Doktor mengatakan sekiranya X-RAY itu benar, berkemungkinan anakku mengalami masalah pd paru2 sebelah kanan iaitu paru2 tidak berkembang. ATAU berkemungkinan juga, anak dilahirkan tanpa paru2 sebelah kanan. Aku tercengang, terdiam... Mampu menganggukkan kepala serta membenarkan doktor meneruskan pemeriksaan seterusnya iaitu CT SCAN.
Aku melihat baby cot anakku ditolak oleh PPK dan Nurse. Sempat juga nurse itu bertanya "mahu ikut pergi CT SCAN?".Aku menjawab, tidak perlulah. Sementara pemeriksaan dijalankan, aku menolak kerusi roda yg dibangku istriku ke wad utk kemaskan brg2 kerana istri dapat keluar(discaj) wad sudah. Alhamdulillah, Ummi nya sdh dpt discaj.
Selepas pengurusan discaj selesai. Kami menuju semula ke wad ICU utk mendapatkan perkembangan anak. Aku sendirian masuk ke dlm dan istriku di kerusi roda menunggu di luar pintu wad. Lama aku di dlm. Doktor menunjukkan aku keputusan CT SCAN tu. Mashaa Allah!!! Ternyata... Anakku tidak mempunyai pasangan paru2. Allahu Akbar!!! Fikiran hanyut entah ke mana.... Air mata tidak dpt di kawal. Apa pandangan anda semua jika manusia tidak mempunyai paru2 yg lengkap? Sedangkan yg normal lengkap pun kadangkala hadapi lelah, lemas kerana kurang berdaya berkembang dgn baiknya. Ini apatahlagi yg mempunyai satu paru2 shj. Namun, konsep tawaqal kpd Sang Maha Pencipta tidak pernah luput dlm diri. Astaghfirullah... Bismillahi tawaqqal tu 'alallah... La hawla wala quwwata illa billah... Lama aku di dalam... Berfikir, bagaimana aku mahu sampaikan pd istriku perkara ini. Namun, aku tetap rahsiakan. Lalu, kami meninggalkan hospital kira2 jam 5ptg. Alhamdulillah tiba di rmh istri dgn slmt nya.
Malam itu, aku di jamu makanan tradisi kelantan. Selera... Alhamdulillah... Namun, simpati pula kpd si istri. Ya la kan, org dlm berpantang. Makan itu ini tidaklah dibenarkan ibunya.huhu..
Malam kian menutup tirai, maka kami beransur ke bilik utk merehatkan diri.

DETIK 3.30pagi masuknya hari baru 25/10/2017 - Kedengaran deringan telefon istriku. Aku terdiam. Aku melihat paparan hanya bernombor sahaja tanpa nama. Dan nombor itu berkemungkinan nombor pejabat atau seumpamanya. Sangkaan aku betul dan tepat... Panggilan dari hospital. Doktor yang membuat panggilan. Dek malam yg hening, sunyi memecah sepi, aku mendengar jelas perbualan mereka sambil berlinangan air mataku. Duduk terpaku tanpa berkata apa2. Fikiran kosong... "Kalau boleh, ibu ayah datang awal pagi la besok ya. Buat masa ni anak dlm keadaan tenat namun inshaa Allah sempat dtg awal pg". Subhanallah... Itu antara ungkapan yg diucap oleh doktor. Linangan air mata tanpa kawalan terus mengalir tidak terhenti. Pada ketika itu, aku menulis panjang di whatsApp dalam group family ku. Menyatakan nasihat kpd adik dan abg2 ku yg merokok. Menyampaikan bahawa pentingnya paru2 itu kpd kita. Tidakkah rugi kita mempunyai paru2 yg lengkap namun dgn sengaja merosakkan diri dengan merokok. Aku tulis dalam keadaan hiba. Tulus ikhlas dari hati tanpa bertapis 1 ayat pun. Betul2 suara dari hati. Sedih... Anakku memerlukan paru2, tapi kita sengaja merosakkan paru2 kita. Sedih + takut. Allah persoalkan kita di akhirat nanti. Mengapa kita merosakkan diri sendiri? Tidak cukupkah nikmat kurniaanKu? Bersyukurlah...
Setelah itu, barulah pengkhabaran sbnr aku sampaikan bahawa anakku dlm keadaan tenat. Istriku terus menangis. Aku pula sedang mengawal diri utk tidak beremosi. Hanya mampu menaip di telefon shj. Tidak terkeluar suaraku utk bertutur. Jika bertutur, hanya esakan tangisan dan deraian air mata shj yg keluar. Pada masa sama, aku melihat istriku bangun dari katil mendapatkan ibunya. Kedengaran ketukan pintu bilik ibunya dan memanggil2 Ma! Ma! Ma! dengan tangisan. "anak tenat skrg ma. anak tgh tenat ma". Allahu... Aku bertambah hiba. Terus ibu ayahnya bangun lantas mengalunkan ayat2 quran serta mendirikan solat hajat. Alhamdulillah atas bacaan2 itu. Bersyukur kerana punyai mertua yg bljr Al Quran. Dapat juga sedeqahkan bacaan2 ayat suci Al Quran. Alhamdulillah...

DETIK 5pagi - Sekali lagi kedengaran deringan telefon istri. Ternyata, panggilan itu dari hospital. Lantaran itu, aku sendiri yg bercakap bersama doktor. Doktor mengkhabarkan anak betul2 dlm keadaan tenat. Aku mampu berkata, okay, terima kasih. kami akan ke sana segera. Memandangkan waktu menjelang subuh. Aku langkahkan kaki menuju ke msjd dahulu. Setiap urusan akan menjadi mudah sekliranyan SOLAT 5 WAKTU diutamakan. Alhamdulillah. Usai shj solat, aku dptkan kereta dan panaskan enjin serta membawa istri masuk ke dlm kereta. Memandu kereta dgn deraian air mata.
>>> Tibanya aku di hospital kira2 jam 7pagi. Dapat lg panggilan seterusnya. Masa tu betul2 di depan pintu wad ICU. Doktor ingin memberitahu sesuatu. Aku terus menghentikan panggilan dgn berkata "ya doktor, sy skrg di pintu masuk wad dah." Aku tahu. Ada sesuautu utk dikhabarkan doktor. Tapi baguslah berdepan terus dek kerana aku pun berada tidaklah jauh. Kehadiran kami di sambut lembut oleh doktor dan nurse. Layanan pun dah boleh faham sbnrnya. Lebih sopan dan berbudi bahasa berbanding kebiasaan. Ya la. Sibuk2 kerja kan, kepenatan, tidaklah sesopan itu biasanya. Faham. Aku pun nurse. Kadangkala ada juga penat mahu layan kerenah2 pesakit ni.huhu..

8.30pagi - PEMERGIAN
Mulutku kumat kamit mendendangkan bacaan2 ayat suci Quran serta selawat tanpa henti kpd anak dan istriku.
hmm,,, Kami di khabarkan doktor. Anak tidak dapat diselamatkan. Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah... Jantung seolah2 mahu terhenti. Lalu, doktor membuka segala peralatan yg melekat di badan anakku. Disediakan kami dua kerusi. Ditutupi kami bertiga bersama istri dan anak dlm skrin (tirai) sebagai privasi dan penghormatan utk bersama anak kali terakhir di dunia yg fana ini. Wayar2 pada anak sudah dibuka semua, hanya tinggal khas wayar jantung sebagai pemerhatian. Anakku diriba oleh istriku. Tanpa henti mengalir air mata sambil mengusap kepala anak. Lalu tibanya masa utk aku mendukung anakku pula. Subhanallah... Tidak terasa cepatnya masa berjalan. Sambil erat dalam dakapanku. Diriba rapat pada dadaku. Tidak sanggup sudah aku utk melihat si comel. Aku memandangkan kepalaku tepat pada skrin mesin jantung. Tajam penglihatanku seolah2 mataku hilang rabunnya. Mulut ak terdiam dari bacaan2 selawat dan Quran. Hanya melafazkan dan membisikkan kalimah syahadah pd telinga anakku. Maka, tiada ayat yg menguatkan kami selain INNA LILLAHI WAINNA ILAIHIROJI'UN (Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kpd Allah kita kembali)... Garisan lurus di skrin mesin jantung menandakan roh sudah kembali ke Rohmah Allah. ^-^-^-^-^-^-^---^-^--^-^-^-----^------------------------------------------------------------ 0
Si kecil pergi bertemu Ilahi di atas riba ku. Dalam dakapanku. Saatku dukung erat rapat pada dadaku. Subhanallah... Linangan air mata kesedihan. Bukan bermakna tidak menerima takdir, tp tanda kesedihan. Allah lebih Menyayanginya. Maka berakhirlah hayatnya di dunia. 25/10/2017, 5 Safar 1439H @ 8.30pagi.
Sementara itu, pengkhabaran belum di sampaikan kpd org luar. Nurse meminta kami kain sarung utk dijadikan bedung kpd si mati. Kami tiada kain itu. Lalu aku menelefon abg ku yg berada di luar wad dan bertanya ttg kain sarung. Abgku menanyakan mak ku. Alhamdulillah... Ada... Tapi aku belum lagi memberitahu bahawa anak sdh meninggalkan kita semua. Lalu aku segera keluar wad menuju tmpt duduk mak ku utk mengambil kain sarung. Tidak! Aku tidak mampu utk melaporkan hal itu. Namun, mak ku sudah memahami. Sudah di agaknya. Kerana meminta kain sarung. Deraian air mata mak ku.
Setelah aku mengambil kain itu, aku tidak tahu lagi utk kuatkan diri macam mana. Macam mana ak nak berdepan dgn istri aku. Mcamana aku nak bg sokongan emosi sedangkan aku sendiri teramatlah down...
Aku dapatkan telefon di poketku. Aku menelefon shbtku. Org pertama yg cuba aku bagitahu. Shbtku menjawab panggilanku, namun, aku tidak boleh bercakap. Aku tamatkan panggilan. Saat tu hanya tisu sebagai peneman setia aku. Subhanallah... Aku dpt sampaikan berita sedih ini melalui whatsapp shj.
Setelah itu, aku berusaha sekuat mungkin utk tenangkan diri sebelum berdepan dgn istriku. Aku masuk semula ke dlm wad ICU itu. Si mati sedang di dukung oleh ummi nya. Sambil menangis. Terus aku rasa jatuh balik. Kasihan aku tgk mereka berdua. Sungguhpun suci kelihatan anakku itu di dakapan ummi nya. Subhanallah, Maha Suci Allah. Allah shj Tahu perasaan kami. Berguguran lagi air mataku. Tidakku mahu, tp ia dengan sendirinya gugur berderai di pipi terus ke lantai sedang aku menundukkan kepala ke bawah.

Aku membawa istri dan anakku ke rumah mayat @ unit forensik bagi mengesahkan pengkhabaran kematian anakku. Terus menguruskan mandi jenazah. Sementara itu waktu menunjukkan jam 11 pagi. Amatlah sesuai utk aku menyembahyangkan anakku slps shj usai solat zohor. Alhamdulillah... Urusan dipermudah. Kami tiba di rumah mertua kira2 jam 12tghri. Berbaki lebih kurang 1 jam menunggu waktu zohor.
Tibanya waktu zohor, aku solat di masjid berdekatan rmh istriku. Dan menjemput jema'ah hadirkan diri ke rmh utk solat jenazah anakku.
Inilah masa terakhir utk aku memandang, mencium dan bersama anakku di dunia.
Pada mulanya, aku tidak sanggup melihat anakku saat terakhir. Tapi kakakku seolah2 memarahi aku. Aku tidak sanggup melihat anakku. Sungguh kasihan. Dengan keadaan terpaksa, aku membuka kain yg menutupi muka anakku. Berderai lagi air mata ku. Sungguh deras aliran itu seolah2 tidak mahu berhenti. Aku dapatkan tuala kecil utk mengesat tangisanku. Mungkin kira2 5minit aku terduduk sambil mengusap air mataku. Semua sekeliling hanya berdiam diri. tiada suara kedengaran. Lalu, aku mencium anakku buat kali terakhir...
Terus,aku menyegerakan bgn utk menyembahyangkan anakku. Aku imamkan anakku buat pertama kali dan akhirnya aku solat bersamanya. Subhanallah... Usai solat... Aku memanjatkan doa. Doaku terhenti2 dek kerana tangisan aku. Aku menunggu diriku reda, barulah aku meneruskan doa. Sungguh lama bacaan doa itu. Bukan kerana panjangnya doa tp lamanya aku sebak teresak2 ketika berdoa. Saat aku mengeluarkan suara, saat itulah tangisan makin kuat. Aku hentikan seketika. Kelihatan keluarga perempuan menahan tangisan masing2. Subhanallah... Ternyata bukan kami sahaja bersedih. Usai solat...
Aku pun segera mendukung anakku menuju ke tanah perkuburan berdekatan rumah. Aku mengebumikannya. Satu persatu tali pengikat di jasadnya aku buka dgn perlahan2. Saat tu, Allahu... Allah saja Yg Tahu.

FATIHAH namanya. Namun, bagusnya aku samakan dgn nama ummi nya iaitu NURUL pada awal permulaan namanya. Aku meletakkan namanya sebagai NURUL FATIHAH BINTI MOHD TAUFIQ AFFENDI. Dan telah terjawab mengapa aku terlintas untuk menamakan anakku FATIHAH. NURUL FATIHAH  bermaksud CAHAYA PEMBUKAAN. Jadi, Inshaa Allah wahai anakku. Engkau adalah CAHAYA PEMBUKAAN PINTU2 SYURGA UNTUK UMMI DAN ABI. Inshaa Allah. Damai kau di sana wahai NURUL FATIHAH.

NURUL FATIHAH BERSAMA UMMI 9 BULAN,
NURUL FATIHAH BERSAMA ABI 3HARI.
namun, NURUL FATIHAH BERSAMA AL KHOLIQ (PENCIPTA)  SEJAK AZALI ROH DICIPTAKAN.
LEPASKAN DIA PERGI KEPADA YANG LEBIH BERHAK DAN MAHA MENYAYANGI.

Kuatnya ujian yg dihadapi... Setakat ini sahaja tulisan aku. Tidak tahan mengalir air mata di papan kekunci laptop ini. Kan tak pasal2 rosak pula laptop ni,hehe.. Dah la laptop kakak ipar.hehe..

Wassalam...

Tuesday, 25 February 2014

Dengan Mindset, Apa Manfaatnya?


saLam sejahTera buaT pengunjung. kaLi ini saya cuba kongsikan TenTang keberganTungan kiTa Terhadap 'mindseT'.

MindseT boLeh dierTikan sebagai apa yang kiTa TeTapkan dalam pemikiran kiTa. conTohnya, 'esok saya mahu bangun awaL unTuk menunaikan soLaT subuh berjemaah di surau/masjid'. Kemudian, pada keesokan hari, bangkiTkah kiTa seperTi yang di seTkan oTak Tu?


BermuLaLah dengan Topik kiTa iaiTu 'dengan mindset, apa manfaaTnya?'. sebeLum iTu, saya menyeru saudara saudari mengubah fikiran anda sekarang iaiTu 'seTkan minda anda supaya mahu habiskan baca arTicLe ini'.hehe.. saya mahu uji sejauh mana keberkesanan mindseT anda.


Sebenarnya, mindseT ini adaLah berkaiT rapaT dengan niaT daLam diri kiTa. Tanpa niaT, apa yang kiTa Lakukan sepaTuTnya Tidak Tercapai. wajarkah saya berkaTa begiTu? saya rasa bersesuaian dengan pepaTah arab ini "segaLa amaL adaLah diserTai dengan niaT, maka Tanpa niaT, Tidak sepaTuTnyaLah sesuaTu iTu berLaku".


Dengan mindseT, fisiologinya adaLah semua sTrukTur badan kiTa mampu memfokuskan pada sesuatu yang diTeTapkan daLam pemikiran kiTa. Saya ambiL conToh seperTi di aTas iaiTu ingin bangun awaL unTuk soLaT subuh. Pada saaT iTu, saya percaya bahawasanya tubuh badan kiTa Telah mengiakan berdasarkan dari keTaTapan pemikiran kiTa iaiTu ingin bangun awaL. Dengan niat yang beTuL, dengan menegaskan mindseT anda supaya bangun pada awaL pagi, saya yakin anda akan bangun dan Lakukan apa yang mahu disempurnakan iTu. PercayaLah...hehe..


SeLain iTu, bagi membukTikan keberkesanan ini, eLokLah juga saya nyaTakan pengaLaman saya sendiri. Pada awaL Tahun 2010 saya belajar di MeLaka seLama seTahun seTengah. Di sana saya dapaT banyak inpuT TeruTama pasaL pergauLan. Ok, kiTa ke poinT sebenar.hehe.. Semasa saya di sana, saya mengaLami masaLah TeruTama menganTuk dan TerTidur di daLam sesi kuLiah. saya berasa amaT Lemah. Sentiasa LeTih dan Lesu. KeTika iTu, maggi merupakan makanan asasi saya. Tidak saLahLah anTara puncanya kerana pengambiLan makanan yang tidak baik-baik kan? sedap TeTapi Tidak berkhasiaT. Tidak berguna Langsung di sisi ALLah yang mencipTakan kesempurnaan kiTa. Sungguhku Tidak bersyukur. Namun, seTeLah saya berubah fikiran dan membeLanjakan wang dengan Terurus, saya menukar menu pemakanan saya iaiTu seperTi orang-orang biasa. Pada keTika iTu, kira-kira masuk semesTer baru iaiTu semester kedua, bermakna saya TeLah meruTinkan maggi daLam kehidupan saya seLama 6 buLan. ALLah !!! TekejuT juga saya. aLhamduLiLLah organ-organ pencernaan masih berjaLan baik.hehe..


Kemudian, masya ALLah... Saya rasakan dengan perubahan pemakanan saya iTu saya sudah dapaT soLusikan masaLah saya iaiTu menganTuk di daLam keLas, namun masih Tidak berhasiL. Rupa-rupanya, disiniLah waTak TerpenTing iaiTu MiNDSET memainkan peranan yang memberi impak kepada saya sehinggaLah sekarang. Ya, saya TeLah peLajari MiNDSET ini seTeLah saya mendengar radio IKIM.fm. Tak siLap saya, penyampai iTu merupakan juru pakar bedah maTa, Prof. Muhaya rasanya. DaLam beberapa minggu, saya cuba prakTikkan apa yang dikhabarkannya iaiTu dengan NiAT dan MiNDSET yang kuaT dan YAKiN, semua perkara akan menjadi kenyaTaan. Dengan izin ALLah, aLhamduLiLLah saya TeLah capai maTLamaT saya iaiTu Tidak mahu Tidur dan mengambiL apa jua Langkah bagi mengaTasi menganTuk. SampaiLah sekarang, saya berasa yakin dengan niaT saya.


SeLain iTu, berkaiTan dengan kesihaTan diri. Semasa di Tahap umur sedemikian, saya TidakLah memenTingkan sangaT isu kesihaTan. seringkali sahaja saya mengaLami demam, sakiT kepaLa, munTah-munTah. Ya, saya percaya ini semua kerana diri ini Tidak mencukupi nuTrienT-nuTrient yang diperLukan badan. Mana Tak nya, hari-hari makan maggi.hehe.. Berbuka puasa pun hampir sebuLan makan maggi. Kejamnya diri ini. Tidak bersyukur Langsung dengan nikmaT kesihaTan yang dianugerahkan ALLah. Namun, aLhamduLillah. seTeLah separuh dipLoma saya di sana, saya mendapaT Tawaran ke bidang kesihaTan iaiTu kejururawaTan.


Sekarang saya di Johor Bahru daLam bidang paramedik.hehe.. BermuLa di sini, saya TeramaTLah banyak beLajar TenTang kesihaTan diri. PengambiLan iTu apa kesannya pada Tubuh kiTa, pengambiLan ini apa risiko penyakiT pada diri kiTa. ITu ini iTu ini menyebabkan badan binasa bahkan Lagi maLang akan disoaL keLak mengapa kiTa Tidak memberi kebaikan pada diri iaiTu menjaga kesihaTan. ALhamduLiLLah. BerkaiTan mindseT disini adaLah keTika saya berasa ingin demam dan sakiT-sakiT. Wah ! MiracLe !!! Cuba bayangkan. Saya daLam bidang apa sekarang ini? medic riTe? Tapi saya Tidak pernah mengambiL sebarang ubaTan sejak saya berada disini/belajar disini. Ini semua adaLah mindseT diserTai semangaT yang saya cuba Lawan. Maaf! Saya Tidak berniaT unTuk riak Tapi berdasarkan pengaLaman diri sendiri.


SeTerusnya, eLokLah saya memberi kesimpuLan dan sedikiT Tips daLam kehidupan ni.

Panjang Lebar pun bukannya pengunjung baca pun. sekadar perkongsian.hehe..
1. Ingin Lakukan sesuaTu perkara hendakLah diserTai dgn niaT.
2. Niat iTu hendakLah suci bersih dengan berkeyakinan penuh.
3. Sudah perkemaskan niaT, diTeruskan puLa dengan mindseT yang kukuh dan uTuh.
4. MindseT iTu seharusnya meyakinkan diri 100% akan berjaya apa yang diniaTkan iTu.
5. Kemudian, yakin pada Allah. TawakaL padaNya. HasbunaLLah wanikmaL wakiL... berganTung penuh pada ALLah.

Ini semua secara psycho semaTa-maTa. Apa-apa pun yang Terjadi dengan kehendakNya. seLamaT mencuba ! Terima Kasih. (^_^)



T@UFiQMohamad  ~CooL, Sabar, Senyum Sokmo~ (^_^)

Wednesday, 27 February 2013

Cerita Solat Setiap Khalifah...


AssaLamu’aLaikum pngunjung skaLian… Sy ingin bkongsi criTa kisah nenek sedikiT. jomLah sama2 baca ! moga dpT manfaaTnya. Insya ALLah~~~

Pd suaTu hr dLm kesibukan meLayan cucu2 yg baLik bercuTi, kaki nenek Tersadung pd benang yg TerjuLur dari carpeT Lama. Nenek TerjeLepok jaTuh n Tempurung LuTuT kaki kiri berderap bunyinya. TernyaTa Tempurung LuTuT reTak n mnyakiTkan. Nenek pun mngaduh sakiT kerna x dpT bangun.
Anak prempuan bLari cemas mdapaTkan nenek. oLeh kerna anak nenek ni bkerja d hospital besar,  mudahLah urusan uTk nenek mendapaT rwTn kecemasan. Namun nenek d Tahan d hospital 2mggu. Anak2 nenek bgiLir2 mjaga nenek siang n mLm. makLumLah hendak mnurunkan kaki yg sakiT dari kaTiL sgT payah. Memang mmerLukan banTuan anak nenek.

BAGAIMANA HENDAK SOLAT?
“Ida, bagaimana mak nak soLaT dgn kaki bersimen ni?”
“boLeh mak, d koLej dLu kami bLjr fiqah perubaTan, anTaranya cra mbanTu aTau mberi panduan kpd pesakiT uTk bwuduk n soLaT,” kaTa Ida. Nenek bimbang jika pihak hospital x mbenarkan pesakiT2nya bwuduk n soLaT kTika kaki sedang berbaLuT.
ApabiLa masuk wakTu Maghrib, nenek ke biLik air berkerusi roda d Temani anak. Begini caranya nenek bwuduk d banTu Ida. seTeLah mbuang air keciL n b’isTinjak, nenek bniaT wuduk smasa mbasuh muka. Kemudian nenek mbasuh Tgn, mnyapu kpaLa n mbasuh kaki sbLh shj n bhgian yg x d simen bLh d basuh. Kmudian nenek bTayamum seperTi biasa dgn debu yg TeLah d beLi Ida d kedai aLaT2 ibadah. Kmudian nenek soLaT sambiL duduk d aTas kerusi roda.

Pengunjung2 yg d RahmaTi,

SoLaT 5 wkTu wajib dkerjakan waLaupun sedang sakiT kuaT. sTeLah bbrapa hr TggaL d hospital, jauh d suduT hT nenek sgT sedih mLihaT ramai pesakiT ISLAM x soLaT. apabiLa d Tanya mngapa x soLaT, ada yg mberi aLasan mngatakan susah uTk bwuduk, bhgian yg sakiT x bLh Tkena air, Tiada org yg bLh mnoLong, akan mengqadakan soLaT apabiLa sihaT n sbagainya.
Namun apa yg nenek TkiLan, anak2 / saudara2 yg dTg mjaga pesakiT hnya m’uTamakan mkn mnum n pakaian pesakiT shj. Urusan soLaT menjdai x penTing. IsLam adaLah agama yg ToLeran n x mbebankan umaTnya. Dwujudkan kLonggaran n rukhsah / kmudahan bg org yg sakiT ini supaya pesakiT x mngabaikan soLaT / mberi aLasan uTk x soLaT.
Jabir ada mriwayaTkan sebuah kisah seorg LLaki yg maTi sTeLah mandi wajib waLau kpaLanya Luka dTimpa baTu. Para shbT yg bsama LLaki pd wakTu iTu berijTihad bahawa Tiada rukhsah baginya uTk bTayamum. sTeLah d ajukan haL TsebuT kpd RasuLuLLah SAW, Baginda mLuahkan rsa x sTuju dgn Tindakan shbT iTu kerna x bTnya Baginda TerLebih dahuLu. (Riwayat Abu Daud)
Bagi pesakiT yg x boLeh Tkena air bLh bTayamum shj. Jika x bLh Tkena debu, gugurLah kwajipan bersuci baginya n bLh soLaT sperTi biasa. oLeh sbb iTuLah semua umaT IsLam mesTi mpunyai pngeTahuan TTg cara bwuduk / mwudukkan, bTayamum / mTayamumkan. Juga perLu Tahu kaifiaT soLaT keTika sakiT.

Pengunjung2 Yg BakaL Berusia,
KasihaniLah ibu ayah yg TeLah Tua TeruTama keTika mreka dTimpa sakiT. Jiwa mreka sunyi n mmerLukan kkuaTan sTiap hr. bkn wang / kmewahan yg mreka inginkan drpd mu. Mreka hnya inginkan ksh syg, beLaian n phaTian. aLangkah Tandusnya beLas kasihan anak2, LanTaran x sggup mngurus org Tuanya yg sakiT LaLu d hTrnya ke rmh org Tua. Memg mreka d jaga dgn baik dari segi mkn, mnum n TmpT TggL TeTapi bgaimana urusan soLaTnya? Bagaimana dgn urusan akhiraTnya?
Sekiranya mreka x mampu mnunaikan soLaT kerna Lumpuh / baring sakiT, bimbingLah soLaTnya. soLaT bLh dkerjakan smada dLm keadaan duduk, Tidur, mngiring / bbaring mngikuT kadar sakiTnya. papahLah mreka uTk bsuci n pakaikan mreka pakaian yg bersih2.
Jika mreka x bdaya uTk bgn n bwuduk, kiTaLah anak2 yg mwudukkan / mTayamumkan mreka. Ajarkan mreka zikir2 yg mudah agar mreka senTiasa mendekaTkan diri kpd ALLah s.w.t.. Bacakan ayaT2 aL-Quran supaya jiwa mreka Tenang n Thibur. Semuanya memang mmerLukan pngorbanan masa, penaT LeLah n prasaan kiTa dLm mjaga ibu bapa yg sedang sakiT. Semoga ALLah s.w.t. pmudahkan urusan akhiraT kiTa keLak d hari Tua.


~ CooL, Sabar, Senyum Sokmo ~ (^_^) , T@UFiQMohamad

Wednesday, 13 February 2013

PENUHi KEiNGiNAN & KEPELUAN iBU BAPA


Diriku berasa kurang senang seTeLah dapaT beriTa ibu bapaku dapaT pegi HAJI. mesTi pembaca agak peLik dgn perasaan ak. sepaTuTnya amaTLah gembira jika mak ayah dpT pegi HAJI kan? Mm,,, sbnrnya mereka hadapi masaLah kewangan unTuk ke Mekah. Ak dgn rasa bersaLahnya Tidak dpT menghuLur banTuan berupa wang. Kerna iniLah diriku berasa kurang senang. Mm, xpe La... kiTa pegi ke Tajuk sbnr perkongsian sy ini iaiTu “Penuhi KeperLuan dan Keinginan Ibu Bapa”… Jom baca !

Ibu bapa iaLah manusia biasa yg Tidak Lepas daripada mempunyai keperLuan aTau keinginan TerTenTu. Sebagai anak, kiTaLah insan yang paLing dTunTuT unTuk memenuhi keperLuan hajaT mereka sebagaimana mereka sering mencukupkan hajaT dan keperLuan kiTa semasa keciL.

HajaT ibu bapa Tidak menenTu. HajaT ibu bapa yang sudah berusia, bukan sahaja berbenTuk wang ringgit dan makanan, maLah perhaTian, kasih sayang dan sebagainya. ApabiLa ibu bapa berhajaTkan kepada makanan, kiTa penuhiLah hajaT mereka iTu waLau Terpaksa bersusah payah mendapaTkannya. KadangkaLa mereka Teringin unTuk merasai sesuaTu yang Tidak pernah dirasai.

Tiada saLahnya kiTa sebagai anak memasakkan, membeLikan aTau membawa mereka makan ke TempaT yang mereka ingini. Jika isTeri mengidam, suami bersusah payah memenuhinya. BegiTuLah juga ibu bapa yang mengidamkan sesuaTu, Lebih berhak dipenuhi hajaTnya iTu.


RasuLuLLah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aisyah berkaTa: ‘kaTakan padaku wahai RasuLuLLah, siapakah yang paLing besar haknya ke aTas seorang waniTa?’ Baginda menjawab: ‘suaminya’. Aisyah berTanya Lagi: ‘kaLau aTas seorang LeLaki?’ Baginda menjawab: ‘ibunya.’” (riwayaT aL-Hakim, hadis sahih).

* Sama2Lah kiTa menTaaTi n mengoTakan hajaT ibu bapa kiTa seLagi mana berikuTan syari’aT.

Kasih kiTa kpd ibu bapa membawa ke Syurga… Insya ALLah~~~

* CooL, Sabar, Senyum Sokmo * (^_^) , T@UFiQMohamad

RUGiKAH SAMBUNG BELAJAR LEWAT UMUR?

Tua2 mau bLjr Lg.hehehe

SeLongkar Luahan si penunTuT2 yg berusia LewaT seTahun, dua, Tiga, empaT, Lima, mahupun Lebih umur Lg. sebagai conToh : pLjr Lepasan SPM (18THN) aLhamduLiLLah Terus dpT Tawaran smbung bLjr ke iPTA2 yg hebaT beLaka DAN yg paLing d idam2kan skrg dpT Tawaran dari Suruhanjaya PerkhidmaTan Awam (SPA). X gTu kwn2? Tp ada je appLy2 iPTA iTu iPTA ini n x dpT2. Ada pun yg dpT Tp kerana Tpaksa, jd sambung La bLjr jgk. Umumnya, ramai Lpsn SPM akan smbung bLjr ke iPTA seperTi UiTM, UPSi, UNiSZA dan byk Lg. Tp Tahukah kiTa sejauh mana kreLaan haTi mreka ingin ke sana?huhu..

KiTa Teruskan dgn Topik kiTa iaiTu ‘rugikah sambung bLjr d usia LewaT?’. sebeLum Tu, Topik ni hnya berkaiTan dgn peLajar SPA. Hmmm, majoriTinya berkaTa “Huh! Rugi giLa masa aku.umur dah 20,21,22, n yg dah ada dipLoma pun TuruT berkaTa bgTu”. Ya, aku akui memangLah rugi masa TeruTama kpd mereka yg dah punyai DipLoma.huuu… Tp, rugi Lg jika kamu mrempaT sana cni sedang kamu mminTa kerja dgn dipLoma kamu iTu yg x dpT2. maafLah! Bkn nk pLekehkan dipLoma Tp GENERALnya pd masa kini memg REALiTi kerja yg kamu mohon sjurus dgn bidang dipLoma iTu memg xkan d Terima. Yg dpT Tu ALhamduLiLLah La, rezki dia.huhu..

McungkiL MiNDA penunTuT2 LewaT umur ~~
Fikirkah kiTa bTapa byknya manfaaT yg kiTa dpT dari sepjg bLjr sbLm ini? kiTa ambiL cTh dari segi pngaLaman khidupan. Huuuuu,,, pgauLan, pmikiran, TgkahLaku, prasaan, pngeTahuan am, agama, budi bhs dan sbgainya… dpT beza x dgn umur mreka yg baru shj Lpsan SPM n Terus smbung bLjr Tu? Jauh x maTang… bTuL x? kiTa bygkan diri kiTa at first sambung bLjr. aLamak bunTunya diri ini  nk cari kwn n seLesakan diri d TmpT bru. Tp, pd kiTa yg dah berusia ni, hnya pandang pkara Tu dah biasa sbb kiTa dah pernah LaLui smasa bLjr dahuLu. Maknanya xTerLaLu d fikir2kan sgT dgn siapa ak nk bkwn, mcmna ak nk kenaL benda Tu, nk Thu benda ni. Diri dh mcapai Tahap awaL maTang.huhu..
Mmm, kiTa pegi ke bhgian penampiLan diri pLk. kiTa Tgk pmakaian mreka yg bru shj Lpsan SPM Tu, adeshhh! Mcm2 ragam pakaian kn? conTeng sana conTeng cni. raTa2 remaja adaLah SAMA skrg. ikuT Trend org kaTa. Uwekssss!!! Hehehe.. x maTang2.huhu.. haaa, rambuT saTu haL Lg. apa org kaTa, ‘k-pop’, ‘punk’, beckham pnya sTyLe n apa2 Lah. Mcm2 skrg ni. Yg ksiannya xde yg Lain ikuT benda2 ni, meLayu IsLam jgk yg ikuT.hmmm,,,, sedih….
X mahu ke kiTa Look neutraL? Bersederhana sudah La. Kan2 x pasaL2 foLLow Trend Tp dah Lari dari syari’aT agama kiTa. Mohon jauh La… pernah dgr 1 hadis mnyaTakan “jgn kamu ikuTi kaum2 iTu krn d khuaTiri kamu Termasuk dLm goLongan kaum iTu”. Mmm, kiTa niLai Lah ye wahai penunTuT2 yg LewaT umurnya.hehe.. byk Lg nk kiTa bezakan Tp udah Le. Ak pun risau jgk. nTah2 penuLisan ak ni dah TerkuTuk org pLk. Nak suh member2 berusia ni ceLik sbnrnya Tp dpT dosa pLk. nauzubiLLah…

KesimpuLannya, umurLah yg mbenTuk khdpan kiTa. Makin berumur, makin bTambahLah pengeTahuan dan pngaLamannya. BesyukurLah dgn apa yg kiTa dpT. DAN jgnLah kiTa fikir rugi Terhadap apa yg Lps. seTiap yg Terjadi, PASTi ada hikmahnya… YakinLah !!!


ckp memang senangkan? Semua org bLh ckp kan? Ckp sje Tp x Lakukan. MuLuT mudah bkaTa2 Tp badan sukar uTk akui kaTa2 dari muLuT iTu. jusTeru, sama2Lah kiTa ikuT kaTa haTi. ~~~haTi yg ikLas… bsyukurLah…

* CooL, Sabar, Senyum Sokmo * (^_^) , T@UFiQMohamad

Monday, 11 February 2013

Kehidupan...


Sangkakan dgn adanya wang yg byk blh mbahagiakan diri. beTuL ke?
Tidak... duiT hanya uTk mmuaskan kehendak nafsu yg bgelora dLm diri masing2. Makin byk duiT makin bTambah keLaLaian seseorg iTu... (Tp bganTung pd diri masing2... sejauh mana kmampuan mreka mgurus nafsu khendak mereka).


Pd usia remaja, of cos La majoriTinya TerTumpu pd hiburan hiburan hiburan... x gTu?hu2.. Tp ada je sampai ke usia Tua pun berhibur Lg. hemmmm,,, masing2 punya haTi La.huhu..
Dek cuTi cuTi je memg ksukaan kami lah. pLan nk pegi sana cni. Theme park La, panTai2 La, air Terjun La n mna2 TmpT hburan.

Cuba kiTa Try ajak kwn2 hadiri mjLs2 cramah / keagamaan UsTaz Azhar Idrus La cThnya. mreka akan jwb apa? "xpe La, kau pegi La dLu, LenkaLi ak join. Lgpun nTi dpT dwLoad kT uTube jgk" bTuL x kwn2?huhu.. Tp sjauh manakah dia pnya dwLoad Tu. yg dwLoad n dgr Tu ALhamduLiLLah La... Tp yg x dwLoad Tu??? sendiri punya rugi La.kua3..

Kehidupan bujang~~~ Mmikirkan yg mana perLu d uTamakan dahuLu. bLjr, b'jawaTan,berkereTa(aseT sendiri La), brmhTgga??? hmmm... pd pandangan ak sendiri, bLjr iTu sememgnya wajib kpd kiTa (fardh 'ain), jd mksdnya d mana2 shj dpT kiTa peLajari. xkira masa, xkira TmpT maLah dLm pTuTuran n TgkahLaku harian kiTa pn d erTikan sbagai bLjr... Jd Tiap2 saaT pun bLjr.

b'jawaTan/bkerja puLa Tonggak Pembina rmhTgga pd masa kini. jika xde kerja, memangLah sukar nk kawen kan kan? mak bapak skrg pn nk piLih mnanTu pn sLongkar dLu LaTarbLkg bakaL2 mnanTu Tu.hu2.. yg sedih TeLiTinya hnya Thadap harTa smaTa2. ada juga yg mmiLih rupa. jika d ToLaknya mnanTu yg x seberapa canTik Tu, huhhh Trasa yg amaTLah mnanTu dia Tu. mnangis x bLagu.hehe.. hmm, Sukar nk dpT mak bapak yg ceLik. phm2kan sdiri Lah mksd ceLik Tu.huhu.. dunia kini kan.huhuuhu

b'kereTa~~~ hmmm, pd usia ak kini, hanyaLah bLagak semaTa2 punyai kreTa sdiri.
nTah Le, bg ak buaT masa ni kreTa Tu bknnya KEPERLUAN. ku kaTakan bkereTa hnya uTk berENJOy, aTau,,, hmmm senang ciTe berMEWAh La. jd, eLokkah berkereTa??? aTas diri masing2La kn.hu2.. yg pnyai wang Lebih mgkin miLiki kreTa. Hmmm, skrg punyai moTor. ALhmduLiLLah sgT2. Tp, dgn adanya mTo pun ak dh serabuT nk uruskannya. roadTax&insurans, rpair2, or any emerge La.hu2.. dh abis braTus2. cuba bygkan kLu guna kreTa. bygkan insurans sudah la.hu2.. byknya guna duiT. SO, pk masak2La kLu nk bkereTa d usia pLjr ni ya.huhu

brmhTgga~~~ haaa,,, besar Tggjwbnya. yg ni xThu La nk pk mcmna. dgn KKUASAAN ALLAH SWT, berserah je biLa saaTnya, biLa miniTnya, biLa jamnya.hehehe... sLmT bTemu CINTA ILLAHi ! hik3..

KonkLusinya~~~ hidup perLu d urus dgn bijak. TgkLah TmpTnya, Masanya, Impaknya pd kiTa. sLmT maju jaya. 'HasbunALLah wanikmal wakeeL'...


NasihaT kaLi ini ~~~
1. Meminimumkan masa hiburan - bygkan MATi sedang kiTa b'hibur.
2. Urus kewangan sebaiknya - pbaziran,kmewahan yg kiTa ada keLak d hiTung d Mahsyar.
3. CariLah kbahagian akhiraT dgn amaLan2 ikLas d dunia - 'inna solaTi wanusuki wamahyaya wa mamati Lillai Rabbil 'aLameen.
4. Hadirkan diri pd kuLiah2 agama bg memanTopkan iman n sbagai pTunjuk jLn kiTa.
5. IngaT 5 sebeLum 5 - (bguna sgT2 jika senTiasa bpegang pd kandungan ini "i5s5")

Cakap semua org bLh kan? ckp saje pandai r Tp buaTnya x. bTuL x?huhu.. muLuT memg mudah bkaTa Tp badan Tidak mudah akui kaTa2 dari muLuT iTu.
jusTeru, sama2Lah kiTa usha ke arah kbaikan. mmanfaaTkan sekeLiLing amaT d sukai ALLAH SWT. didik haTi ! semoga bmanfaaT !

KENALi NAFSU !!!
SEMUANYA BERMULA DARI HATI.
HATI YG BERSIH MENJAMIN KELAKUAN KE ARAH KEBAIKAN. iNSYA ALLah Syurga MenanTi...



*CooL, Sabar, Senyum Sokmo* (^_^) , T@UFiQMohamad

Friday, 11 January 2013

Hidayah MiLik ALLah




“Sesiapa yang ALLah kehendaki unTuk memberi kepadanya peTunjuk, nescaya Dia meLapangkan dada unTuk (memeLuk agama) IsLam. Dan sesiapa dikehendaki ALLah kesesaTannya, nescaya ALLah menjadikan dadanya sesaT Lagi sempiT, seoLah-oLah ia sedang mendaki LangiT. begiTuLah ALLah menimpakan seksa kepada orang yang Tidak beriman.”
(Surah aL-An’am 6: 125)

·         BeribadahLah sedaya mampu…

~~~ Sama2Lah kiTa kecapi hidayah ~~~  insha ALLah…